Followers

Sunday, November 5, 2017

Resepi Puding Roti Chip Coklat yang Sedap Dan Senang!

Hari ni myna tengok dekat atas meja banyaknya lagi
baki roti gardenia
so apelagi jangan dibazirkan sampai habis tarikh luput..
jom kita buat puding roti ^_^

entry kali ini myna nak share resepi puding roti yanggg 
tersangat la sedap dan semudah abc!



actually sebelum myna jumpa resepi ni 
banyak dah cuba resepi2 yang ada dekat internet
tapi...semua tak jadi..cair, keras..hampa..pilu je..
nak buat pun leceh..

Tapi, lepas jumpa dengan resepi ni..buat sekali je terus jadi
lepas tu rasanya macam tiap minggu skali myna buat..hihi
sedap dan mudah ok! *kredit dekat akk ipar ai :)

Bahan-bahannya ::

(Bahan A)
Roti- 8 keping ikut suka
Butter 
Chip Coklat

(Bahan B)
Telur 3 biji
Susu Segar 1 cawan
Esen Vanilla
1/3 susu pekat
1 sudu Tepung kastard


Cara-caranya ::

(Bahan A)
- Sapukan semua roti dengan butter
- susun roti dalam loyang (carikkan besar2)
- tabur cip coklat

(Bahan B)
- Campur kesemua bahan B dalam satu bekas hingga sebati semuanya
- Kacau 1 sudu tepung kastard dan sedikit susu (supaya tak berketul)
- kemudian tuang ke dalam bahan B tadi
- kacau bahan B sehingga kembang. (kalau nak manis lagi tambah gula)
- Kemudian tuang bahan B ke dalam loyang yang sudah berisi roti tadi
- Biarkan sekejap, supaya roti menyerap bahan B tadi.
- Panaskan Oven.
- Bakar dengan suhu 180c, selama 30 minit.


Sos Kastard

Bahan-bahannya ::

1/2 tin susu cair
1 SB gula pasir
1 SB tepung kastard
sedikit esen vanilla

Cara-caranya ::

- Masukkan kesemua bahan dalam periuk, gaul perlahan2 dalam api yang sederhana sehingga pekat      ikut kesukaan uols dan siap ^_^


Bahan untuk puding roti


Bahan untuk sos kastard
















Till then..
Selamat Mencuba :)




No comments:

Post a Comment