Followers

Sunday, November 5, 2017

Resepi Puding Roti Chip Coklat yang Sedap Dan Senang!

Hari ni myna tengok dekat atas meja banyaknya lagi
baki roti gardenia
so apelagi jangan dibazirkan sampai habis tarikh luput..
jom kita buat puding roti ^_^

entry kali ini myna nak share resepi puding roti yanggg 
tersangat la sedap dan semudah abc!



actually sebelum myna jumpa resepi ni 
banyak dah cuba resepi2 yang ada dekat internet
tapi...semua tak jadi..cair, keras..hampa..pilu je..
nak buat pun leceh..

Tapi, lepas jumpa dengan resepi ni..buat sekali je terus jadi
lepas tu rasanya macam tiap minggu skali myna buat..hihi
sedap dan mudah ok! *kredit dekat akk ipar ai :)

Bahan-bahannya ::

(Bahan A)
Roti- 8 keping ikut suka
Butter 
Chip Coklat

(Bahan B)
Telur 3 biji
Susu Segar 1 cawan
Esen Vanilla
1/3 susu pekat
1 sudu Tepung kastard


Cara-caranya ::

(Bahan A)
- Sapukan semua roti dengan butter
- susun roti dalam loyang (carikkan besar2)
- tabur cip coklat

(Bahan B)
- Campur kesemua bahan B dalam satu bekas hingga sebati semuanya
- Kacau 1 sudu tepung kastard dan sedikit susu (supaya tak berketul)
- kemudian tuang ke dalam bahan B tadi
- kacau bahan B sehingga kembang. (kalau nak manis lagi tambah gula)
- Kemudian tuang bahan B ke dalam loyang yang sudah berisi roti tadi
- Biarkan sekejap, supaya roti menyerap bahan B tadi.
- Panaskan Oven.
- Bakar dengan suhu 180c, selama 30 minit.


Sos Kastard

Bahan-bahannya ::

1/2 tin susu cair
1 SB gula pasir
1 SB tepung kastard
sedikit esen vanilla

Cara-caranya ::

- Masukkan kesemua bahan dalam periuk, gaul perlahan2 dalam api yang sederhana sehingga pekat      ikut kesukaan uols dan siap ^_^


Bahan untuk puding roti


Bahan untuk sos kastard
















Till then..
Selamat Mencuba :)




Thursday, October 26, 2017

Mangocheese Kulacakes



Kuantan.
myna selalu tengok kawan-kawan dekat media sosial 
post byk cafe-cafe menarik dekat kuantan..
kita ni pantang tengok makanan yang fancy-fancy & nampak sedap
confirm hati kecil berbisik *aku kena try! ahaa
and that things will go on and on bila tgok sesiapa post pic makanan :P

Jadi haritu sempat la keluarga kecil myna jejak ke kuantan
2 hari 1 malam sempena hubby's reunion.

Kami menginap dekat hotel De Rhu Beach Resort. 
Bagi myna boleh bagi 3 daripada 5 bintang. 
Bilik selesa dan luas, Tandas bersih cuma interior sahaja agak da lama..




Pujian untuk hotel ni sebab kami xperlu keluar 
untuk cari entertainment lain..which are..
waterpark & pool dia..kids memang suka habis la bab waterpark tu..
mak ayah yang suka swim *we all lettew berbunga ja tgok pool dia
depan tu pulak da pantai..ada pagar kecik terus access ke pantai
mmg damai! agak2 nak p pantai terus je
keluar ke belakang after pool tadi
Malam pula, kami layan steamboat yang pihak hotel ada sediakan
harga dalam RM25/pax kalau myna xsilap..
toksah keluar luar lepas da mandi smpai ke magrib petang td..aiyakk







After checkout, kami buat tour sikit dekat Sg Lembing bersama family-family kawan hubby..
1st time masuk satu muzium 3D yang ada dekat sini..
memula xnak masuk..almaklum mak ngan paknye
xbpe minat muzium 3D..hihi
last-last si kenit Lana Aesya dok paksa masuk jugak..
mmy ayah pn turutkan la..anak manja sorang kan....
masuk RM13/adult kids free masa ni..tokey bg discount




Habis tour, tibalah masa kami semua berpisah dan teruskan bercuti ke destinasi masing2
 it was nice to meet all of u..InsyaAllah kita ketemu lg nanti ^_^
So nak cerita dari mlm tadi myna da bg hint2 dkt hubby
nk cuba satu cafe tapi kami kena lajak sikit..since we all nak terus balik ke kg lepas tu..
so perjalanan bertambah la dlm 1 jam mcmtu..
Alhamdulillah he approved!! hehe

So we head to Kulacakes
dengan niat nak try mangocheese yang diperkatakan tu..gighkan *cough *kakimakan
untuk ke sini, korang just waze je KULACAKES
InsyaAllah smpai
interior kedai mmg minimalist & cantik
ada satu sudut ni..mmg nk suruh iols posing kat situ ke?:P
please take note..
kedai ni hanya serve dessert sahaja tau
checkout menu yg myna sempat snap..


my review........
Mangocheese kulacakes
mula-mula makan akan rasa mangga, then xsempat rasa mangga tu jadi terlalu overpower
kita akan rasa skali dengan cheese sebati dengan mangga tadi..kemudian
crust yang ada dekat bahagian bawah dia akan jadi pembersih dessert tadi..
best best..mcm ada 3 pengalaman berbeza dalam 1 suapan.
wow, brave statement ni..hihi sedap weyhh ^^
harga pn..satu plate ni..hanya RM7.90..berbaloi!

hubby myna try chocholate moist cake..
yg ni bagi myna tak berapa sangat..
taste good just keknya agak dense dan tak berapa moist
but ice latte dia..mmg best and worth for money..only RM4.30 je guys





Rasanya tak rugi kitorg lajak sikit :)
kalau mai kuantan lagi lepas ni..mmg wajib cari ni dlu
dekat KL kalau ada yang sama sedap macamni roger2 la sini
mana tau sat g tetiba craving mangocheese
xdan paknya nak ke kuantan sana :P




Thursday, October 19, 2017

Resepi Mashed Potatoes Gebu dan Senang.

Hai 
Kalau korang western lover mesti suka entry ni..
been doing side dish ni quiet a Lottt..hihi
so kali ni myna nak share resepi homemade mashed potatoes
yang gebu dan paling penting senang nk buat..
memang xrenyah!



myna takda la pandai masak..
tapi sukaaa belajar resepi2 mengikut selera en suami kita
so far mmg dia bagi double thumbs up untuk mashed potatoes ni ^_^
hint sedap lettew, sebabnya..dia mmg pengkritik paling tegas bab makanan ni


ok, bahan-bahannya mudah je ::

- Kentang (kentang ni kalau nk lagi sedap guna kentang jenis US, tp kalau nk guna kentang biasa  holland pn okay).
-Susu full cream
-Butter
-Black pepper
-Garam



Cara-caranya :

- Peel off dulu kentang, kemudian rebus kentang sampai empuk (kalau nk cepat empuk tutup periuk masa rebus tu)
- Bila kentang da empuk, toskan.
-Kemudian lenyekkan kentang, kalau guna mixer pn boleh- tekstur lagi halus dan lembut.
- Sudah halus, masukkan butter(suhu bilik) dan gaulkan sampai sebati, gaul lembut-lembut je butter akan larut dlm kentang dan terus bagi tekstur gebu.
-Perasakan dengan black pepper dan garam sesedap rasa.
-Last skali letak susu cream mengikut citarasa..tidak terlalu banyak-fungsi dia nk sebatikan bahan2 tadi dan mashed potatoes akan rasa lebih creamy.







Untuk full resepi chicken grilled+blackpepper sos mcm dlm pic
tggu next entry myna tau
till then, selamat mencuba dan kalau korang ada nk tnya apa-apa
boleh tanya dekat bawah  <3

Saturday, September 23, 2017

High Tea @ The Stripes Hotel KL

High Tea @ Afternoon tea ni actually its a meal between dinner..
untuk alas perut sebelum tunggu untuk makan malam.
 org kita ckp, minum petang..gituu :)

myna mmg suka3 sgt part meal ni
sbbnya akan ada coffee and macam-macam jenis kek yang kita boleh rasa.
contohnya macam dekat The Stripes Hotel KL yang myna cuba baru-baru ni.



Afternoon tea dekat sini available hari-hari dari pukul 3 hingga 6 petang.
As its started, kami di jamu dengan welcomes drink, 3 jenis kuih dan sandwich.
Then, kami diberi pilihan untuk pilih minuman..
ada capuccino, latte, coffee and tea
myna pilih latte. for sure :)

Kemudian, after we ready for the next, 
their staff akan datang bawa 
sedulang pastries yang cute, cantik dan nampak sgt mengiurkan oi..haha
diorang akan perkenalkan each name of the cakes which i feel so warm. great service!

ok, so after diorang dah perkenalkan kami kena pilih pastri mana yang nak makan
ikut hati nak je setiap satu tu semua letak dlm pinggan..tapi pinggan tak muat
dan nampak tamaknya dekat situ..haha
so myna pilih 4 jenis, 
macaron xda dlm pinggan myna since my doter da kidnap awal2 :D




da ready part yang paling best dekat sini? hihi
those pastries are refillable
their staff akan datang anytime yang kami nak kalau nak tambah any pastries lagi.
and also, not just the pastries, coffee tu pn refillable
agak2 tadi minum latte, lepas tu nk refill tea pn boleh
best kan! ^_^

Harga, RM60 per nett, sekarang they are having a promotions
RM60 untuk 2 orang
Tempahan tru fon sangat digalakkan
 alamat and details hotel myna sertakan dekat bawah

The Stripes Hotel KL
25 Jalan Kamunting
50300 Kuala Lumpur
No fon : 03 2038 0000
http://www.stripeskl.com/

Overall, its a nice place untuk santai dgn family and friends and surely its a good value for money
nice food for a nice evening #majorlove 
Till we meet again  ^_^





Saturday, August 26, 2017

Nasi Daging Bakar Di Sg Buloh

hi ♥
Siapa dekat sini peminat ayam bakar, daging bakar, kambing bakar, ikan bakar?
myna ade tempat makan best nak suggest untuk korang.

Nasi Daging Bakar Plonbox!




Actually 1st try myna makan nasi kaw kaw ni masa hubby bawak balik dari tempat kerja
masa tu da sejuk tp rasa diaaa mmg thumbss up!
ni da sejuk pn sedap..
kalau makan direct dekat kedai mesti lagix3 sedap!!

Till one day, kitorg sampai pun dekat sini..
Kedainya berada di 
Jalan Perusahaan 2, bandar baru Sg Buloh
 waktu operasi hanya pada hari isnin-sabtu
dari pukul 10.30 am - 330pm sahaja
Delivery ada disediakan but hanya cover certain area dekat kl je
korang boleh tgok dekat insta diorang.

Pilihan makanan semuanya terdiri daripada lauk yang dibakar.
Ada juga pemanis mulut dan pilihan air yang menarik
untuk myna, all time favourite ialah daging bakar

daging bakar dia mmg lembut sesangat..kuah berlemak 
makan sekali dengan sambal tu
fuhh mmg pedas terbaik..
dressing timun tu mmg sesuai & lengkapkan lagi sajian
hubby order nasi ayam bakar, pun sedap jugak ok
air myna order thai green tea..nyummmss
next time datang lagi nak try milky mango pulak
nampak meja sebelah order, temptinggg..hihi

Ok, bagi yang plan nak try nnti, ni myna sediakan list hrga & few pic 
tempat makan yang best untuk lunch nih







Untuk kesini
korang just waze "plonbox" je..InsyaAllah jumpa..

Till then..kalau ada tempat makan sedap yang korang tahu
kindly drop your comment^_^
till we meet again 

#nextplace#anyidea

Tuesday, August 22, 2017

Menu Sedap Tony Roma's

hi ♥
selera kita ni ade masanye nak makan western kan,
out dari comfort food kita, nasi lauk.
myna slalu jgk try steak, tp xpenah lagi try bahagian ribs
sbbnye..nampak mcm liat & kering je..xberani nk cuba
 kang da order, xsedap, alah pulakk :D

tp since ramai yang ckp ribs steak Tony Roma's ni sedap sgt2
so apelagi, haritu myna &husband pn pergi terjah
Tony Roma's dekat branch Nu Sentral, mall baru Kl Sentral

ni antara menunya, start appetizers smpai la ke dessert :






 myna & husband order menu

Beef ribs and bbq 1/4 chicken with two side dishes  = RM57.13
steakhouse burger = RM30 (kalau xsilap)
dessert:
Tr's chocolate avalanche = RM15.79







untuk beef ribs tu myna kasi 5 bintang, mmg sedap sgt!
daging sgt lembut, juicy, senang je tanggal dari tulang, xliat langsung..
rasa smokey perapannya seriesly best! makan sekali dgn side dish coleslaw, mash potato
mmg rasa lemak2! nicee
tambahan bbq chicken pun mmg terbaik, ayam still moist & lembut
2-2 protein verywell cooked
for burger pula, myna mmg xsuka burger but hubby mmg die hard fan burger
so far bila dia kate "ok boleh dtg makan lg"
means sedap la tuh :D

yg paling best bila makan dekat sini, ialah kids eats free everyday ^_^
siap dgn ice cream lg..mmg syok la bbygirl tu layan pizza n ice cream dia..
next time mmg nk dtg lagi & makan ribs yg sedap ni!

so here my 1st entry utk foodjourney myna
next place? kalau korang ade cadangan? plis let me know?
appreciate it ^_^
#nakmakansedap2

Saturday, August 12, 2017

Food Journey

hi ♥




1st post myna untuk tahun 2017..
Better late than never kan?

 honestly, tak sabar nk start journey myna on food blogging
since myna and husband mmg suka try tempat2 makan yang baru, latest & sedap!
so, myna decide utk selitkan our foodjourney here
soon or later  bila craving2 boleh jamu pic & entry dkt sini dlu :D
so, 1st food to review? 
#foodjourney#foodlover#whoswithme